Doktor Temui Pokok Dalam Peparu




Gambar X-ray menunjukkan imej seperti pokok fir membesar dalam paru-paru Sidorkin.

IZHEVSK, Rusia - Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang memberitahu supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya akan tumbuh dalam perut?

Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin yang berumur 28 tahun.

Menurut sebuah akhbar se mala m, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian di sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada.

Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnya mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil itu.

"Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya melihat benda lain..

"Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula," kata Dr. Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu.

Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit.

"Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan saya," kata Sidorkin.

Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan memasuki paru-paru manusia.

Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian membesar di dalam tubuhnya.

Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut.


+ Sumbangan kawan kita: Kak Noor.. thanks :)

Comments (10)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
salam...entry yg sangat menarik..
tahniah,teruskan post entry yg dpt menrik pembaca mengetahuinya.. :)
1 reply · active 809 weeks ago
jangan suka telan biji buah tau.... nnti tumbuh lak kat dalam tuu
1 reply · active 809 weeks ago
btol2...jgn telan bji pe pon
Pokok dlm badan pun nak jadikan kajian... mcm2 kan... Rasanya pokok apa kah itu?
1 reply · active 809 weeks ago
kalo nk tau pokok pe kena kaji le buah pe yg die mkn smpai tumbuh pokok..hooho
alamak...kalo tertelan biji lada cmne??
eh bukan yg tu leh jd apendiks ke? ahaks...x nak..
1 reply · active 809 weeks ago
tertelan biji lada pedas jer... ;D
heheh...dulu time zaman kanak² riang...bapa bilang jan telan tu biji nt tumbuh dperut tau. maka dgn itu aku x berani sama seklai meneln biji limau atau tembikai..n jambu batu time tu...tp skrg...sesuka ati aje menelan...
awas ada pokok dlm badan

Post a new comment

Comments by

 
Blog Widget by LinkWithin