Kulit biru
Kulit biru..pelik betul. Keadaan ini adalah disebabkan oleh sejenis penyakit iaitu "Argyria"
Argyria adalah sejenis penyakit yang mengubah kulit menjadi biru. Penyakit ini disebabkan oleh penggunaan ubat-ubatan yang mengandungi bahan perak yang berlebihan. Bahan perak ini terkandung di dalam sejumlah besar ubat-ubatan di Amerika Serikat (AS) hingga pada tahun 1999, bahan tersebut telah dilarang penggunaannya kerana menyebabkan argyria.