Bayi menyerupai katak


Pada 2006, seorang bayi telah dilahirkan di Charikot, Dolakha. Kelahiran bayi ini telah menarik perhatian sejumlah besar penduduk yang pelik serta kagum dengan keadaan bayi tersebut. Keadaan / rupa bayi tersebut seakan-akan katak!
Leher dan kepalanya hampir keseluruhannya tenggelam pada bahagian badan atas dan saiz bebola matanya agak luar biasa besarnya. Bayi ini adalah anak kepada pasangan Nir Bahadur Karki dan Suntali Karki. Bayi seberat 2kg itu dilahirkan normal dan tempoh kandungan juga normal, 9 bulan. Suntali karki berkata, sepanjang tempoh hamil, dia tidak mengalami sebarang keuzuran atau perkara yang pelik.
Bagaimanapun, bayi tersebut meninggal sejam selepas kelahirannya.

Allah Maya Kaya..

 
Blog Widget by LinkWithin